salam... cam dah lama tak update blog nie.. bukannya boring tapi aku tak terbiasa untuk share kedukaan.. lemas sangat rasanya bila tau diri dikhianati.. hmmm... rasa cam tak leh nak nafas.. tapi aku yakin, ALLAH selalu bersamaku.. semoga ujian di bulan puasa ini akan semakin menambah keimananku pada sang KhaliQ.. AMIN!
untuk yang dia yang telah kembali melukai sang hati.. thanks telah menyedarkanku dari mimpi panjang yang 'indah'..
Sebagai hamba kepada-NYA...Aku berserah dan redha saja dengan jalannya takdirku. Ya, ALLAH Ya Rabbi... Tetapkanlah imanku dalam mensyukuri nikmat dari-MU. Luruskanlah jalanku dalam keadaan mencinta-MU yg satu. Subhanallah...Maha Suci ALLAH yg menjadikan seluruh alam. Jadikanlah aku seorang manusia yg sentiasa bersyukur dgn kurniaan-MU dan jadikanlah aku seorang manusia yg tidak menderhaka kepada-MU, kepada kedua² org tua ku, kpd adik² ku dan kepada tunangku...Amin ya rabbal 'alamin
kadang-kadang kita di atas, kekadang kita di bawah. selalu kita happy, ada ketika mesti berduka. walaupun kita sihat sentiasa, mesti ada ketika kita akn diuji dengan kesakitan.
roda itu kan berputar. lumrah alam.
makna bahagia pula?
wang ringgit berpuluh angka? kereta BMW?merc?mini cooper? atau kah rumah banglo di atas bukit nyaman?
sepasang suami isteri/kekasih sedang berpimpingan tangan. meniti anak tangga, bergurau senda,bergelak ketawa. sungguh bahagia. si suami memegang tongkat,si isteri pula memimpin tangan. kedua-duanya buta.
definisikan bahagia..........sekali lagi.
melihat keluarga tersenyum gembira dan sihat sejahtera. itu adalah bahagia saya.
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
lately, aku berdoa supaya setiap kali aku bangun aku berada dalam keadaan yang lebih bahagia. aku bangun dengan semangat yang baru dengan wajah yang baru dengan style yang baru
aku berdoa supaya aku bangun dengan kehidupan yang baru menjadi seorang yang kaya punya kehidupan yang mewah tiada masalah sebut sahaja apa yang aku mahu semua akan tiba di depan mata
aku juga berdoa aku bangun dengan usia yang baru dengan suasana yang baru punya teman yang memahami punya teman yang ingin melayan karenah aku
aku juga berdoa aku punya semua apa yang aku impikan aku punya kuasa aku punya kudrat untuk melakukan apa yang aku inginkan
aku berdoa semoga semua ini terjadi dan aku amat yakin ianya akan terjadi aku akan terus berdoa dan terus berdoa
Wednesday, August 19, 2009
Aku tidak pernah bermimpi Mencari teman sehebat Sulaiman r.a kerana aku sedar diriku tidak secantik Balqis, Aku tidak pernah mengharap teman setampan Yusof r.a kerana kasihku tidak setulus Zulaikha, Aku tidak pernah mengharap teman seteguh Ibrahim r.a kerana aku tahu diriku tidak sekuat Hajar, Aku tidak pernah mengharap teman segagah Saidina Ali karena aku sedar diriku tak sebaik Fatimah, Aku tidak pernah mendamba teman sesempurna Muhammad SAW kerana diriku tidak sehebat Khadijah dan semulia Aishah. Jika ada keburukan pada diriku, bimbinglah aku dan terimalah kekurangan itu sebagai kurniaanNya. Carilah kebaikan pada diriku, bersyukurlah kerana kita dipertemukan dan berdoalah agar perhubungan ini kekal selamanya… AMIN!
ari 2 ida blogging 1 laman web, chomeyy gilerr... ida ambik la benda ni, saja tuk ingatkan diri sendiri betapa susahnya untuk membangun sebuah rumahtangga yang mawaddah warahmmah... dan ida juga berdoa semoga rumahtangga ida kelak akan bahagia selamanya.. xnak gaduh2.. x suke..:(
for bucuQ:
You always know what im thinking or the words that are about to come out from my mouth. You read me like a book. You know me better than myself. That's why i love you...